Tomyam Seafood Kaw
Korang kena try tomyam ni! Memang sedap, pekat, padu dan kaw-kaw rasa tomyam! Tak payah order kat kedai untuk dapatkan tomyam yang sedap dan kaw. Buat sendiri lagi berbaloi, puas hati dan pastinya kebersihan terjaga! Saya dah beberapa kali buat, memang sedap Uolls! Rupanya seakan-akan gambar di bawah. Masa masak, lupa nak amik gambar. heheh
![]() |
Sumber: Google Image (Resipi Che Nom) |
Jom Check!
Ramuan:
5 ekor udang (dibuang kepala)
5 ekor sotong (dipotong cincin)
Ayam (dipotong sup)
1 biji bawang holland (dipotong)
2 batang serai (dititik)
1 inci lengkuas (dihiris)
4 biji cili padi (diketuk)
3 batang akar daun ketumbar (diketuk)
Daun ketumbar (diracik halus)
3 paket pes tomyam adabi/4 sudu besar pes tomyam
3 biji tomato (dipotong)
I biji limau nipis
2 sudu besar kicap sotong/sos ikan
3 helai daun limau purut (dibuang tulang tengah)
4 senduk kecil susu cair
Cara Memasak:
1. Masukkan air suku kuali atau periuk. Renehkan air bersama serai, akar daun ketumbar, lengkuas dan cili padi sehingga mendidih.
2. Masukkan pes tomyam yang agak banyak. Kuncinya jangan kedekut. Kita nak kuah yang betul-betul rasa tomyam.
3. Masukkan ayam terlebih dahulu. Kemudian masukkan bawang holland dan tomato.
4. Apabila ayam dah masak, masukkan udang dan sotong. Jangan masak seafood terlalu lama! Nanti overcooked, tak sedap!
5. Perahkan limau nipis dan masukkan kicap sotong.
6. Tutup periuk dan biarkan mendidih seketika.
7. Setelah semua bahan tomyam masak, masukkan daun limau purut.
8. Akhir sekali, tutup api dan masukkan susu cair. Kacau-kacau sikit. Taburkan daun ketumbar untuk hiasan dan sedikit bau.
Baca Juga: Resipi Asam Pedas Ayam Johor
Info:
1. Saya tak pakai apa-apa perasa, garam atau gula. Mana datangnya manis tomyam iaitu daripada seafood (udang dan sotong).
2. Mesti pakai susu cair. Jangan gantikan dengan santan. Tak sedap!
Follow resipi ni, mesti dapat rasa yang mewah!
Selamat Mencuba! Sangat Sedap!
Comments
Post a Comment